Ab Aziz Ab Latiff
Ab Aziz Ab Latiff

Ab Aziz Ab Latiff

Mejar (B) Ab Aziz Ab Latiff adalah seorang pegawai tentera Malaysia yang berasal daripada Kampong Pak Badol, Bachok, Kelantan. Beliau ditauliahkan pada 31 Mei 1980 dan menyertai Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) berpengkalan di Bentong, Pahang. Sejurus selepas ditauliahkan selaku Pegawai Infantri, beliau telah terlibat di dalam operasi menentang pengganas komunis terutamanya di kawasan Pahang Barat dan Perbatasan Malaysia - Thailand. Beliau dikenali sebagai wira Malaysia di Pertempuran Mogadishu.

Ab Aziz Ab Latiff

Kesetiaan  Malaysia
Pertempuran Pertempuran Mogadishu (1993)
Meninggal dunia 12 Oktober 2022(2022-10-12) (umur 67)
Hospital Alor Gajah, Melaka
Pangkat Mejar
Nama lahir Ab Aziz bin Ab Latiff
Pasangan Rozita Ismail
Anugerah Panglima Gagah Berani pada 4 Jun 1994
Kelahiran (1955-08-04)4 Ogos 1955
Bachok, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu
Disemadikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Serai, Hulu Langat
Unit
  • - Batalion 21 RAMD
  • - Kompeni A 19 RAMD (Mekanise)
  • - MALBAT UNOSOM II
Perkhidmatan  Tentera Darat Malaysia
Rejimen Askar Melayu DiRaja